Thursday, September 8, 2011

friendship (:

kawan, sahabat, teman, membe, rakan, buddy. itu semua nama gelaran untuk seseorang yang kenal dan rapat dengan kita untuk kongsi kisah suka je kebanyakannya. tak semua yang dipanggil sahabat tu nak kesatkan airmata aku bila aku nangis. tak semua kawan tu nak pinjamkan bahu kat aku bila aku mengeluh. tak semua membe aku tu nak tolong halaukan anjing bila aku dah terkencing kencing dalam seluar. hmm, tak taulah kenapa malam ni aku nak sangat bercerita tentang sahabat ni. okay. kat sini aku nak buat pengakuan berani mati kat korang. aku ni sebenarnya adalah salah seorang stalker terhebat kat fb yang asyik menstalker page kominiti sahabat 'someone' ni. aku tak tau lah kenapa aku suka sangat amek tau tentang persahabatan dorang. dorang ni campuran sebenarnya. ada adam dan ada juga hawa. tapi majoriti di monopoli oleh adamlah. tapi tak kisahlah semua tu kan. yang penting aku jeles dengan dorang. aku tengok dorang happy je sama sama. buat aktiviti sama2, snap gambar sama2 then upload kat fb, share cerita pahit manis sama2, gurau senda dalam fb sama2, senang cerita fb tu aku tengok macam untuk puak dorang je. tapi tak kisahlah dorang nak buat apa pun. tapi aku betul betul tabik springlah kat dorang sebab dorang ada ramai kawan sahabat teman membe buddy and semua menatang tu lah. tapi aku? aku sorang2. lagi lagi bila yun dengan ayu dah sambung study ni. tak ada siapa dah nak kawan dengan aku. kenapa ek? kenapa aku tak ramai kawan? kenapa dorang semua tak nak kawan dengan aku? kan best kalau aku jadi salah sorang ahli dalam group fb yang aku cerita tadi tu.mesti hidup aku tak sunyi macam ni. aku cuma nak berkawan (':

boleh tak awak jadi kawan saya? (: