| telah kau kayuh perahu sampai jauh hingga ke entah laut lelah kau tempuh alangkah rindu kau tambatkan sauh merapat dan berlabuh dihatimu oh dermaga yang teduh |
berkeringat bermentari dan bergelapan tanpa mengenal erti penat mahupun letih. melempar sayap jala ke lautan sepi hanya semata mata kerana keluarga tercinta. ya, aku bangga punya bapa seperti kamu. yang rela dirinya dilambung ombak asal perut anak anaknya terisi. yang rela dirinya digigit nyamuk asal kelengkapan sekolah anak anaknya terjaga. yang rela meredah paya asal dapur isterinya berasap. yang rela menggigil kesejukan asal anak anaknya bisa bermain dan tertawa. oh ayah, begitu besar pengorbananmu buat kami semua. mengasuh kami sedari kecil agar jadi orang berguna. mungkin hari ini kami belum mampu buat kamu bangga. tapi percayalah yang kamu telah lama membuat kami begitu bangga kerana punyai bapa seperti kamu. ayah, sekali pon tidak pernah sekali kau nyatakan kepenatanmu. jauh sekali untuk kamu mengeluh. berhempas pulas meredah ombak hanya berbekalkan lampu suluh dan sedikit makanan yang disediakan emak. dengan perahu tua itu jugalah kau berlayar demi mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri tersayang. sekali lagi ayah, tiada kata lain yang mampu kami ucapkan.
TERIMA KASIH, AYAH :')
