Saturday, February 12, 2011

pretty guardian (SKUAD SAILORMOON ) ;D

teruja tak tengok gambar aweks aweks di atas? aha! nak tau cerita selanjutnya? here we go!
bismillahirrahmanirrahimmm....
topik kali ini yang ingin dikongsi mongsi dengan anda semua adalah berkenaan sekumpulan pretty guardian yang ingin menyelamatkan planet bumi. yeah! hahaha. tak ada kena mengena langsung. actually aku nak story mory pasal BFF aku yang aku kenal sejak dibangku sekolah lagi. kalau nak tau, jom ikuti kisahnya di bawah ini :)
ANGAH :)
ayu tak awek ni? mesti tak kan? hahaha. gurau gurau je ngah..ok2. ni serba sedikit tentang  awek comel yang bertudunug litup ala ala yuna ni. aku kenal dia ni start form 2. masa tu dia baru masuk sekolah aku. first first kenal dia ni memanglah dia ni lemah lembut dan berbudi pekerti orangnya. karakter dia ni lebih kurang macam DATO' SITI NURHALIZA contoh terdekatnya. aku suka kawan dengan dia sebab antara kami berlima dialah yang paling matang dan panjang akal fikirannya. dia selalu bagi nasihat kat kitorang, selalu menegur kitorang kalau buat silap, selalu menjaga perasaan kitorang walaupon kadang kadang kitorang ada tersakitkan hati dia, dan yang paling penting, selalu bawa kitorang jalan jalan time dia balik kampung! hahaha. angah, awak tau tak awak persis perempuan melayu terakhir? sumpah bertuah sesiapa yang dapat miliki awak. ini statement jujur dan ikhlas dari saya :)

ALONG :)
kau ingat kau comel ke pose macam tu hah?? hahaha. memang comel pon sayang aku sorang ni. bakal bakal jururawatlah katakan... kalau tak comel nanti pesakit tak sembuh. hahaha.okay okay. kali ni nak story mory pula pasal kawan aku yang gedik lagi miang sorang ni. hahaha. actually, itu perangai semulajadi dia. dia tak lah segedik dan semiang yang korang sangkakan. dia sebenarnya lemah lembut dan sangat girly orangnya. sukakan style yang ala ala gadis feminin dan sweet katanya. boleh dikatakan klon FASHA SANDHA lah dia ni. kalau keluar lepaking. memang memang dialah yang laris dulu daripada kitorang. kitorang ni nak tunggu harga dah potong 50% barulah ada guys yang nak pandang. hahaha. dan untuk pengetahuan para lelaki yang sedang khusyuk membaca blog saya ni, awek kat atas ni masih single mingle tau. kalau berkenan, boleh isi borang kat stesen petronas yang berdekatan. kuang kuang kuang.... jangan marah ye long.


AYU :)
ini kisah tentang anak kepada geng bapak aku. cewaahhh! bapak aku dah ada geng lah beb! ahaks! tengoklah siapa anak dia kan? ehemm.tengok je muka ayu ni mesti korang dah dapat detected dia ni perempuan yang jenis macam mana kan? lemah lembut? sopan santun? ya ya! anda salah. yang sebenarnya, dia ni sangat sangatlah minah brutal. walaupon bertudung bagai macam ni, dia ni berjiwa hardcore. alahaii, menipu dah ni nampaknya. haha. tak adalah hardcore sangat weh. nak dipendekkan cerita, dia ni tegas orangnya. cita cita dia dari kecik pon memang nak jadi sarjan. katanya nak menggantikan arwah Sarjan Hassan. dia ni juga seorang yang akan buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak. senang cerita, dia ni kalau nak apa mesti usaha sendiri. ala ala miss independent lah katakan.. karakter yang bersesuaian dengan dia adalah tak lain tak bukan HELIZA AF5. korang kenal tak? ala, yang berlakon cerita syurga cinta dengan pakwe aku tuhhh. haa, kenal ponnn ;p


YUYUN :)
peh! amoi chantekk sioottt! phewwwittt..... pss, pss, nak ngurat boleh? aha! ni lah adik bongsu kami memerangkap orang kuat skuad sailormoon. kalau dia tak ada, apa program pon rasa macam tak sunn. senang cerita dia ni perencah masakan untuk kitorang. sebab segala modal dan bajet akan keluar dari dia. anak abah lah katakan. tak kerja pon duit mengalahkan aku yang setengah mati bekerja ni. dengan tulus ikhlas aku nak bagitau korang yang yun ni memang manja semanja manjanya orangnya. sampaikan mak aku paling suka dia datang rumah! wallawwehh! ini sudah lebehhh... tapi aku sikit pon tak heran. sebab aku tau mak aku lagi sayang aku dari kau. huh! ada satu yang buat aku hairan lagi pelik dengan si yun ni. dia ni rupa dah ada. poket pon sentiasa penuh. perangai pula? err, masih boleh dicontrol kalau dia makan ubat tepat pada msanya. tapi kenapa dia selalu di anjing anjingkan oleh kaum adam. agak geram jugalah aku setiap kali dia call aku nangis nangis cerita pasal lelaki lelaki yang tak berguna yang dah memperkotak katikkan perasaan dia ni. aku jumpa laki tu, aku bunuh yun! serius ni. apa apa pon aku cuma boleh doakan yang terbaik untuk sayang aku sorang ni. now dia tengah bahagia dengan boyfie dia yang tercampak dekat kuala lumpur sana. pis, kalau kali ni pon kau boneka boneka kan si yuyun ni, aku sebagai orang kanan skuad sailormoon, tanpa segan silu akan mengkhatankan kau buat kali kedua okay? be ware huh? dah macam kes NORA DANISH pon ada juga budak ni. perangai dan tabiat pon dah ala ala.

p/s: okay. selesailah sudah topik penceritaan saya pada kali ni. kepada kesemua ahli ahli skuad sailormoon, harap jangan ada yang berkecil hati ye. kerana ini semua adalah FAKTA yang tidak diputar belit sama sekali! sekian, wassalamm <3