Wednesday, December 7, 2011

Encik Miszaman Bin Md Zin

kasih sayang seorang ayah memang kita tak pernah nampak sebab ayah tak pernah nak tunjuk. cukuplah sekadar dia jadi orang pertama yang akan marah dan bebelkan anak dara dia bila balik rumah lewat malam. pun cukup dengan sebatang rotan yang akan dikuatkuasakan bila anaknya tak tunaikan solat lima waktu sehari semalam. ayah cuma nak anak-anak dia jadi orang yang berguna tak kira di dunia mahupun di akhirat. ayah juga pasti akan kalah dengan emak setiap kali anaknya ditimpa musibah sebab selalunya emak orang yang akan paling meratap dan meraung sedangkan ayah cuma mampu mengesat setitik dua airmata mereka sambil sebelah lagi tangan lemah memujuk emak. tapi sebenarnya ayah anggap itu semua sebagai satu dugaan kecil yang tuhan nak turunkan untuk dia dan keluarga dia supaya lebih tabah. setiap kali anak ayah sah di akad nikahkan dengan pasangan pilihan hati, perasan tak tangan ayah perlahan nak lepaskan anak perempuan dia? itu sebab ayah takut suaminya tak boleh nak jaga anak dia sebaik ayah yang jaga. lagi satu ni perasan tak ayah tak pernah mengeluh letih lepas pulang bekerja? sebabnya dia tak mahu anak-anak dia tahu yang dia penat nak cari duit untuk keluarga kerana itu memang tanggungjawab seorang ayah.
so moral untuk hari ni, walaupun ayah jarang atau tak pernah ucapkan 'ayah sayang anak-anak ayah' itu tak bermakna ayah endahkan kita. ayah memang sayangkan kita. kita cuma perlu tahu dan hargai setiap pengorbanan yang ayah lakukan. Encik Miszaman bin Md Zin, saya tahu awak memang sayangkan saya (':