Tuesday, June 14, 2011

05/06/2011 dalam ingatan...

wassup guys! lama dah tak update blog ni kan? tak sharing maring story dengan korang kan? perasan tak? mesti tak kann? hahaha. banyak betul soalan mengarut yang keluar dari aku tengah tengah malam pekak ni. btw, aku rindu gila nak typing panjang panjang berjela macam ni. selalu type kat fb ciput ciput je. yela, nama pun fb, tak kan lah aku nak tulis cerita pasal aku sorang je kat fb tu. mestilah tak ada orang nak baca. tapi memandangkan ni blog aku, jadi suka hati akulah nak type cerita panjang berjela sekalipun. nak baca, bacalah. tak nak, takkan nak paksa kottt. kannn?

okay okay ekin. stop merapu! kan tujuan sebenar nak kongsi mongsi cerita. bukan nak merepek benda yang tak ada kena mengena and sekaligus buat aku rasa jari aku macam dah lenguh ni haa. adoiii...

merujuk kepada perkara di atas, chewaahhh dah macam nak buat surat kiriman rasmi pula dah. hahaha. okay okay tak main main lagi dah. ehem! tengok je entri kat atas ni korang mesti rasa seram sejuk kan? 'dalam ingatan'? bunyinya macam ada orang yang dah 'pergi' jauh tinggalkan kita. tu lah kelaziman yang selalu orang tafsirkan dengan ayat 'dalam ingatan'. tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal benda tu. ni cerita lain. ceritanya berbunyi begini.....

pada suatu pagi yang indah lagi permai, dengan penuh semangat aku bangun seawal jam 6 pagi dengan penuh keceriaan yang terpancar diwajah. aku menuju ke bilik air dan terus mandi dengan riang ria tanpa menghiraukan air yang sejuk dan hampir membekukan tubuhku itu. hahahaha. rasa terlebih formal lah pula ayat aku ni kan? ahh, lantaklah! okay kita sambung cerita. nak dipendekkan cerita, sebenarnya aku bangun pagi tu sebab terlebih semangat nak dengar ceramah KPP. aku pun sebenarnya tak tau apa makna KPP tu. untuk orang orang yang dah ambil lesen memandu, mesti dia tau apa makna KPP tu. alaaa, ceramah yang 5 jam tuhhh.

sedang enak enak aku bersiap dan ingin melangkah ke luar pintu rumah, aku tengok kereta ayah dah tak ada depan rumah. haiyooo! macam mana nak pergi dengar ceramah ni? mak ni pun! kan malam tadi dah cakap esok nak guna kereta. haishhh! mak aku pula yang kena marah? teruk betul aku. T___T

maka menungganglah aku motosikal jenis skuter yamaha ego kesayangan mak aku tu ke sekolah memandu yang terletak kira kira.... err, kira kira berapa kilometer ek? aku pun tak tau berapa jauh rumah aku tu dari bandar. tapi makan masa 45 minit jugalah untuk sampai ke bandar. bayangkanlah, pagi pagi buta naik motor pergi bandar? koje gilo eden nihh. hahaha

sampai je driving school tu aku buat muka kerek sebab kat situ semuanya budak budak sekolah. aku sorang je yang rasanya dah agak tua untuk ambil lesen memandu. hahaha. korang jangan salah faham pula tau. aku bukan buat muka kerek macam yang korang sangkakan tu. tapi al-maklumlah, kawan ni pemalu orangnya. lagi pula kat tempat tempat macam tu. memanglah aku tak tau macam mana nak tegur orang. heee

sedang aku meng'kerek'kan diri aku di satu sudut. tanpa disedari aku telah duduk di atas bangku yang tak berapa balance kedudukannya. sesudah saja akak kat sebelah aku mengjongketkan punggungnya, maka tergoleklah aku dari atas kerusi tu serupa nangka busuk hendaknya. ya Allah! masa tu tuhan je lah yang tau perasaan aku. nak gelak ada, nak nangis? mestilah ye! T____T

selesai je ceramah yang macam haram tu aku terus menuju ke arah motor sebab masa tu cuaca agak mendung. aku tak naklah mandi hujan time time macam ni. sampai je kat motor.... eh, mana pula tengkolok aku ni? perasan tadi letak atas seat. takkan anjing bawa lari pula kot? tengkolok buruk je kottt. bukan kasut pun. setahu aku anjing suka ambil kasut je. sahh! helmet kura kura penyelamat aku dari kena saman dah kena sebat dengan penyamun tarbus! matilah aku macam ni. macam mana nak balik kalau tak pakai helmet? takkan nak pakai serban pula kot? makkkkkkk! >.<

aku gagahkan diri aku juga untuk tempuh rintik rintik hujan tu sampai ke bp mall tempat kerja kawan aku. ni bukan cerita mandi hujan lagi ni. ni dah tahap berenang renang dalam hujan dah aku punya lencun. tapi korang tau tak apa yang terjadi sesampainya aku kat bp mall tu? kawan yang aku harap dapat membantu rupanya turut buntu akal sama macam aku. berbekalkan phone aku yang baterinya dah kemerah merahan mengatakan bahawa ianya akan meninggal sebentar lagi, sekali lagi aku gagahkan tanganku yang hampir layu untuk mendail nombor salah seorang sahabat lagi yang aku harap dapat membantu, ya! dia sudi membantu. tapi katanya aku kena pergi tempat dia ambil helmet.

tanpa melecehkan lagi waktu yang ada aku terus ke tempat yang dmaksudkan. mak datokkk! helmet tahun bila yang kau bagi aku ni weh? dah boleh masuk muzium kot. dengan isi perut yang dah bernanah nanah pakej ada lumut hidup lagi. boleh ke rambut aku ni menerima kenyataan untuk ditenggekkan helmet ni di atasnya? aku gerenti kalau polis nampak pun memang sah sah aku kena tahan. tak apalah kawan. terima kasih je kerana 'cuba' untuk membantu. hmmm

jam menunjukkan pukul 7 lebih. dah nak masuk magrib dah masa tu and aku masih lagi tercongok sorang sorang kat bandar tu tanpa hala tuju. tiba tiba aku dapat call dari ayah. jeng jeng jenggg.... haa, nak tau tak dia bagi tau apa? sumpah dia bagitau berita yang amat 'sweet'. "kin, kat mana? jangan balik malam sangat. motor tak ada lampuuuu" =_="

tinggg! bercahaya muka aku masa tu. aku macam dah nampak jalan menuju ke syurga masa tu. dengan tak ada helmet, tak ada lampu, phone pula kehabisan bateri, aku dapat bayangkan betapa hebatnya dugaan yang tuhan bagi kat aku hari tu. apa pun aku nekad. aku mesti balik sebelum matahari berlalu.

aku tekan stater dan ingin memulakan perjalanan pulang ke rumah dengan penuh azam yang kuat. tanpa disengajai, aku terperasan ada helmet kat sebelah motor aku yang ownernya entah hilang ke mana. sambil berdoa dan memohon keampunan ke hadrat Ilahi, aku kuatkan semangat lantas menyambar helmet yang ada kat sebelah tu. ya Allah! ampunkan aku! aku daruraaatttttt T_T

sepanjang perjalanan balik, aku rasa lebih 5 biji kereta yang hadiahkan aku hon kuat kuat sebab 'mereka' hampir nak membunuh aku kat jalan raya. masa tu aku redha je. aku follow tiap tiap motor yang dekat dengan aku. lantaklah! yang penting orang tak langgar aku. kan?

akhirnya lebih kurang pukul 8 malam aku berjaya samapi ke rumah dengan selamat. alhamdulillahhh... sampai pun aku. di samping itu, tak lupa juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pakcik, makcik, abang, akak, adik, atau acikk kepada tuan punya helmet yang sudi 'meminjamkan' aku helmet beliau. jasamu akan ku kenang sampai bila bila :)

haa, tu lah tadi sedikit sebanyak flash back yang aku ada untuk dikongsikan dengan korang. kepada korang korang semua, tolong jangan pandang aku teruk sebab sebat helmet orang. tapi masa tu aku betul betul terdesak. lagi pun helmet yang aku 'pinjam' tu bukanlah mahal sangat punnnn. peace ;D



inilah gambaran terdekat keadaan wajah aku masa aku kena meng'hadap' semua bencana yang meninmpa ni sorang sorang. makkkkkk!!!!!!

Wednesday, June 8, 2011

KEMPUNAN :'(


aku start jatuh hati kat cerita ni time ada terselit perempuan gemuk dalam cerita ni yang ada hati kat lelaki hensem. tapi kan, tapi kan... sedih gila sebab cd2 tak boleh buka. haa, ni lah padah beli cd cetak rompak. cerita ni tergantung aku tengok sampai ep4 je. sumpah sedih :(

okay. di kesempatan ini juga, ribuan terima kasih aku ucapkan kat MOHD SYAHID NOR EFFENDI yang dah berjaya menghasut aku untuk tengok cerita ni. kepada korang yang memang fanatik dengan cerita cerita korea and music, aku sarankan tengoklah cerita ni. sumpah tak rugi! even aku tengok pon tak abis lagi T__T

tapi aku janji, walau apa pon jadi aku akan cari dvd original cerita ni. FULLSTOP